Tuesday, February 19, 2013

Aura Maya.... PENTING harus BACA



Informasi dpd Zamaya Network


Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua peminat Aura Maya Skin Care. Alhamdulillah, diperjumpaan bersama agen-agen kami pada hari Sabtu 16hb Februari 2013, telah menghasilkan satu persefahaman yang jelas dan padu akan halatuju dan matlamat Zamaya Network sebenarnya.
Kini setelah sebulan lebih kami memperkenalkan AM versi Korea, berbagai reaksi yang kami terima daripada penguna, terutama daripada mereka yang telah selesa menguna AM versi lama. Bagi penguna-penguna baru tiada masalah, maklumbalas yang mereka berikan amat positif, memuaskan dan kesannya lebih cepat dari yang dijangkakan. 

Bagi penguna AM versi lama yang bertukar kepada AM versi Korea akan mengalami “Healing Crisis” yang ramai tidak sabar dan tidak sanggup melaluinya. Jika mereka dapat melalui proses rawatan ini dengan sabar dan terus mengunakan AM versi Korea ini, kami pasti mereka akan mengalami satu transformasi yang mengagumkan.

Kami menyucapkan ribuan terima kasih yang tak ternilai kepada agen-agen kami yang setia menghadapi berbagai kerenah pelanggan mereka. Dalam keadaan sebegini, akan ada pihak-pihak yang berkepentingan akan mengambil peluang dan kesempatan untuk memburuk-burukkan AM. Ada yang sengaja membesar-besarkan akan ketidakpuasan hati mereka di wall facebook mereka sedangkan mereka perlu hanya berinteraksi dengan agen dari mana mereka membuat pembelian. Kami juga bersedia melayan mereka untuk menangani apa jua masalah yang mereka alami. Tanpa mahu memperkenalkan diri mereka, mereka terus memburuk-burukan AM versi Korea ini . Ini jelas menunjukkan mereka berniat jahat. Walau bagaimanpun kepada mereka-mereka ini kami harus berterima kasih. Komen-komen mereka ini walaupun secara tak beretika telah membakar semangat kami untuk berusaha lebih gigih lagi. 

Sekali lagi kami ingin menyatakan bahawa penghijrahan kami daripada AM versi lama kepada yang baru adalah untuk maju kehadapan, kepada yang lebih baik dan selamat untuk pengunaan jangkamasa yang lama. Bagi produk keluaran Korea ini kami dengan jelas tahu akan isi kandungan dan bahan-bahan yang digunakan. Daripada bahan mentah yang digunakan hanya bahan-bahan yang tidak memudaratkan diekstrak dan dirumuskan secara saintafik melalui teknologi NANO. 

Penghasilannya adalah produk yang sangat halus dan akan terus meresap kedalam kulit untuk rawatan yang berkesan dan menyeluruh. Ia tidak berminyak atau melekit dipermukaan kulit.
Keuntungan kewangan bukanlah matlamat utama kami. Ini bersesuaian dengan ‘Tag-line kami: ADDING VALUES TO YOUR LIFE’ {MENAMBAH NILAI KEHIDUPAN ANDA}. Biar produk kami tidak terjual sehebat AM versi lama, tetapi kita ingin wanita-wanita dinegara kita ini, walaupun tidak mengunakan produk kita, tetapi akan menjauhi produk-produk yang berkimia yang memudaratkan. Lambat laun AM versi Korea ini akan diterima.

Mungkin menjadi tandatanya kepada ramai penguna AM versi lama mengapa kami bertukar kepada AM versi Korea dari yang lama, sedangkan ianya begitu hangat dipasaran. Alasan kami adalah:-

1. AM lama dihasilkan secara tradisional dalam kuantiti yang terhad. Pengeluarannya tidak dapat memenuhi permintaan. Kami selalunya keputusan stok

2. Kebelakangan ini terlalu banyak produk yang menyerupai AM lama dan diakui sama. Dengan warna dan rupa krim tidak jauh beza adalah amat mengelirukan penguna dimana mereka tidak dapat membezakan ketulinan produk dan yang mana selamat untuk digunakan.

3. Kami juga tidak berupaya menentukan ketulinan produk yang dibekalkan kepada kami secara berterusan, kerana pembekal kami juga tidak dapat memberi jaminan akan ketulinan bekalan mereka. Kami tidak menyalahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana ia perkara biasa dalam dunia perniagaan kosmetik. Apabila sesuatu produk itu mendapat sambutan hangat, akan ada oportunis yang lahir dengan produk-produk tiruan yang tidak diketahui asal usulnya dan dilabelkan sebagai yang tulin.

4. Kini terdapat pula kecenderungan pengusaha-pengusaha yang tidak bermaruah yang mengunakan merkuri sebagai agen pencerah. Kesannya cepat, tetapi dalam jangka masa yang panjang merbahayakan.Oleh kerana kami perlu berurusan dengan pihak ketiga atau lebih bekalan AM versi lama yang kami terima tidak terjamin ketulinannya seperti mana yang kami terima pada asalnya, dan untuk mengelakkan kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini, kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penjualan AM versi lama. 
“Untuk tidak menyingung perasaan sesiapa yang berkenaan, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pembekal AM versi lama, kerana dengan izin Allah jua telah membuka pintu rezeki kami. Kami juga tidak pernah meragui akan kejujuran beliau semasa berurusniaga bersama" 

5. Kami memilih untuk berurusan dengan pengeluar dari Korea ini kerana kami beurusan secara terus dengan pengeluar. Kami juga jelas diberitahu akan bahan-bahan yang terdapat dalam produk baru ini. Ia bukan dibuat di Ulu Tiram sepertimana yang di war-warkan oleh sesetengah pihak. Setiap penghantaran adalah melalui kapal terbang. Formulasi boleh diolah mengikut kesesuaian dan maklumbalas penguna, kerana formulasi adalah fromulasi kami sendiri.

Jadi kami menyeru kepada agen-agen Aura Maya supaya jangan patah semangat. Teruskan perjuangan kita, kerana kita bukan menjual barangan yang tak berkualiti. Ia lebih baik, dijamin selamat dan berkesan dan dijual dengan harga yang berpatutan. Biar apa tomahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu, kita akan terus berusaha mempromosi AM versi Korea ini tanpa perlu memburuk-burukkan produk orang lain. Kita kini berada dikelas yang berbeza. Ianya organic, pengunaan bahan-bahan yang diekstrak dan diproses melalui teknologi NANO.

Kini kami telah mengeluarkan Aura Maya BB Krim. Kepada yang ingin mencubnya, dapatkan dari agen-agen terdekat. InsyaAllah ia akan menjadi produk yang terhangat dipasaran.

BB Cream yang bermaksud Blemish Balm, Blemish Base, Bueaty Balm atau Beblesh Balm {“blemish” kebetulan adalah satu jenama di Korea}, dan dipasaran barat dikenali sebagai “Beauty Balm” Ia adalah barangan kosmetik yang terjual dinegara-negara timor dan Asia Tenggara, walaubagimana pun jenama-jenama terkemuka dunia kini giat memperkenalkan BB Cream kepasaran Barat. 

BB Cream dipromosikan sebagai produk kosmetik semua dalam satu. Ia bertindak sebagai serum, moisturizer, primer, foundation dan sunblock. Ia boleh digunapakai bersendirian sebagai moisturizer, diguna selepas mengunakan serum, sebagai moisturizer biasa, pengalas bedak, mengikut keperluan.

Terima kasih kepada yang terus menyokong kami. Kami akan menambahbaik produk AM dan akan menghasilkan produk2 yang berkualiti. Salamualaikum dan selamat sejahtera.

No comments:

Post a Comment

EUMORA