Tuesday, February 19, 2013

Aura Maya.... PENTING harus BACA



Informasi dpd Zamaya Network


Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua peminat Aura Maya Skin Care. Alhamdulillah, diperjumpaan bersama agen-agen kami pada hari Sabtu 16hb Februari 2013, telah menghasilkan satu persefahaman yang jelas dan padu akan halatuju dan matlamat Zamaya Network sebenarnya.
Kini setelah sebulan lebih kami memperkenalkan AM versi Korea, berbagai reaksi yang kami terima daripada penguna, terutama daripada mereka yang telah selesa menguna AM versi lama. Bagi penguna-penguna baru tiada masalah, maklumbalas yang mereka berikan amat positif, memuaskan dan kesannya lebih cepat dari yang dijangkakan. 

Bagi penguna AM versi lama yang bertukar kepada AM versi Korea akan mengalami “Healing Crisis” yang ramai tidak sabar dan tidak sanggup melaluinya. Jika mereka dapat melalui proses rawatan ini dengan sabar dan terus mengunakan AM versi Korea ini, kami pasti mereka akan mengalami satu transformasi yang mengagumkan.

Kami menyucapkan ribuan terima kasih yang tak ternilai kepada agen-agen kami yang setia menghadapi berbagai kerenah pelanggan mereka. Dalam keadaan sebegini, akan ada pihak-pihak yang berkepentingan akan mengambil peluang dan kesempatan untuk memburuk-burukkan AM. Ada yang sengaja membesar-besarkan akan ketidakpuasan hati mereka di wall facebook mereka sedangkan mereka perlu hanya berinteraksi dengan agen dari mana mereka membuat pembelian. Kami juga bersedia melayan mereka untuk menangani apa jua masalah yang mereka alami. Tanpa mahu memperkenalkan diri mereka, mereka terus memburuk-burukan AM versi Korea ini . Ini jelas menunjukkan mereka berniat jahat. Walau bagaimanpun kepada mereka-mereka ini kami harus berterima kasih. Komen-komen mereka ini walaupun secara tak beretika telah membakar semangat kami untuk berusaha lebih gigih lagi. 

Sekali lagi kami ingin menyatakan bahawa penghijrahan kami daripada AM versi lama kepada yang baru adalah untuk maju kehadapan, kepada yang lebih baik dan selamat untuk pengunaan jangkamasa yang lama. Bagi produk keluaran Korea ini kami dengan jelas tahu akan isi kandungan dan bahan-bahan yang digunakan. Daripada bahan mentah yang digunakan hanya bahan-bahan yang tidak memudaratkan diekstrak dan dirumuskan secara saintafik melalui teknologi NANO. 

Penghasilannya adalah produk yang sangat halus dan akan terus meresap kedalam kulit untuk rawatan yang berkesan dan menyeluruh. Ia tidak berminyak atau melekit dipermukaan kulit.
Keuntungan kewangan bukanlah matlamat utama kami. Ini bersesuaian dengan ‘Tag-line kami: ADDING VALUES TO YOUR LIFE’ {MENAMBAH NILAI KEHIDUPAN ANDA}. Biar produk kami tidak terjual sehebat AM versi lama, tetapi kita ingin wanita-wanita dinegara kita ini, walaupun tidak mengunakan produk kita, tetapi akan menjauhi produk-produk yang berkimia yang memudaratkan. Lambat laun AM versi Korea ini akan diterima.

Mungkin menjadi tandatanya kepada ramai penguna AM versi lama mengapa kami bertukar kepada AM versi Korea dari yang lama, sedangkan ianya begitu hangat dipasaran. Alasan kami adalah:-

1. AM lama dihasilkan secara tradisional dalam kuantiti yang terhad. Pengeluarannya tidak dapat memenuhi permintaan. Kami selalunya keputusan stok

2. Kebelakangan ini terlalu banyak produk yang menyerupai AM lama dan diakui sama. Dengan warna dan rupa krim tidak jauh beza adalah amat mengelirukan penguna dimana mereka tidak dapat membezakan ketulinan produk dan yang mana selamat untuk digunakan.

3. Kami juga tidak berupaya menentukan ketulinan produk yang dibekalkan kepada kami secara berterusan, kerana pembekal kami juga tidak dapat memberi jaminan akan ketulinan bekalan mereka. Kami tidak menyalahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana ia perkara biasa dalam dunia perniagaan kosmetik. Apabila sesuatu produk itu mendapat sambutan hangat, akan ada oportunis yang lahir dengan produk-produk tiruan yang tidak diketahui asal usulnya dan dilabelkan sebagai yang tulin.

4. Kini terdapat pula kecenderungan pengusaha-pengusaha yang tidak bermaruah yang mengunakan merkuri sebagai agen pencerah. Kesannya cepat, tetapi dalam jangka masa yang panjang merbahayakan.Oleh kerana kami perlu berurusan dengan pihak ketiga atau lebih bekalan AM versi lama yang kami terima tidak terjamin ketulinannya seperti mana yang kami terima pada asalnya, dan untuk mengelakkan kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini, kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penjualan AM versi lama. 
“Untuk tidak menyingung perasaan sesiapa yang berkenaan, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pembekal AM versi lama, kerana dengan izin Allah jua telah membuka pintu rezeki kami. Kami juga tidak pernah meragui akan kejujuran beliau semasa berurusniaga bersama" 

5. Kami memilih untuk berurusan dengan pengeluar dari Korea ini kerana kami beurusan secara terus dengan pengeluar. Kami juga jelas diberitahu akan bahan-bahan yang terdapat dalam produk baru ini. Ia bukan dibuat di Ulu Tiram sepertimana yang di war-warkan oleh sesetengah pihak. Setiap penghantaran adalah melalui kapal terbang. Formulasi boleh diolah mengikut kesesuaian dan maklumbalas penguna, kerana formulasi adalah fromulasi kami sendiri.

Jadi kami menyeru kepada agen-agen Aura Maya supaya jangan patah semangat. Teruskan perjuangan kita, kerana kita bukan menjual barangan yang tak berkualiti. Ia lebih baik, dijamin selamat dan berkesan dan dijual dengan harga yang berpatutan. Biar apa tomahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu, kita akan terus berusaha mempromosi AM versi Korea ini tanpa perlu memburuk-burukkan produk orang lain. Kita kini berada dikelas yang berbeza. Ianya organic, pengunaan bahan-bahan yang diekstrak dan diproses melalui teknologi NANO.

Kini kami telah mengeluarkan Aura Maya BB Krim. Kepada yang ingin mencubnya, dapatkan dari agen-agen terdekat. InsyaAllah ia akan menjadi produk yang terhangat dipasaran.

BB Cream yang bermaksud Blemish Balm, Blemish Base, Bueaty Balm atau Beblesh Balm {“blemish” kebetulan adalah satu jenama di Korea}, dan dipasaran barat dikenali sebagai “Beauty Balm” Ia adalah barangan kosmetik yang terjual dinegara-negara timor dan Asia Tenggara, walaubagimana pun jenama-jenama terkemuka dunia kini giat memperkenalkan BB Cream kepasaran Barat. 

BB Cream dipromosikan sebagai produk kosmetik semua dalam satu. Ia bertindak sebagai serum, moisturizer, primer, foundation dan sunblock. Ia boleh digunapakai bersendirian sebagai moisturizer, diguna selepas mengunakan serum, sebagai moisturizer biasa, pengalas bedak, mengikut keperluan.

Terima kasih kepada yang terus menyokong kami. Kami akan menambahbaik produk AM dan akan menghasilkan produk2 yang berkualiti. Salamualaikum dan selamat sejahtera.

Monday, February 18, 2013

Latest Product - Aura Maya BB krim





Krim Blemish Balm (BB) Cream..
Promosi ini hanya TERHAD ...


RM39 seunit sahaja..

PM Omeera's Store or call 0138155039 utk tempahan

BB Cream ni berfungsi All-in-one cream. Ia berfungsi sebagai foundation, pelembab, sunblock dan merawat kulit. Ia amat popular di Korea dan menjadi rahsia kecantikan kulit mereka.

Ia sepenuhnya organik dan mudah dioles pada kulit. BB krim kami diproses menggunakan teknologi nano dan sesuai untuk semua jenis kulit.

AM Batch Baru



RESTOCK AURA MAYA KOREA BATCH BARU.......

Alhamdulillah.....formulasi untuk AM batch baru ini telah ditambahbaik lagi dari segi kandungan bahan2nya. Pihak Zamaya Network memaklumkan bahawa bahan kandungan untuk pencerahan kulit & antijerawat telah dipertingkatkan. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua penguna2 AM yang sentiasa memberikan sokongan. Segala maklumbalas serta pandangan, telah diambilkira dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi kualiti produk Aura Maya Korea ini. In sha Allah, kami yakin semua pengguna2 AM akan lebih berpuashati dengan AM batch baru ini.

Untuk AM batch baru ini juga, pihak Zamaya telah mencetak kotak packaging mengikut standard yang telah ditetapkan di mana No pendaftaran KKM produk, Info kandungan bahan2 serta Cara penggunaan produk telah dipamerkan pada kotak.

Untuk pertanyaan/tempahan AM batch baru :
Call/Sms & WhatssApp : 0138155039

TERIMA KASIH semua

Sunday, February 10, 2013

JOM SHOPPING






Assalamualaikum semua.....

Lama dah rasanya tak UPkan pasal jualan beg ni... Kalau nak order bag2 menarik seperti di atas sila layari laman web ini... JUST KLIK BAGS

Macam2 jenis bag menarik di sana.

TQVM

LAGI Tentang Aura Maya



Salam semua pengguna AM yg cantik2....

Syukur alhamdulillah, AM baru sudah semakin diterima ramai berdasarkan repeat order customer kami.....dan tempahan yang kami terima juga semakin meningkat setiap hari.....

Sukacita dimaklumkan, stok AM yang akan diterima nanti adalah stok AM batch baru yang telah ditambahbaik lagi formulasinya di mana kami diberitahu bahawa kandungan bahan untuk pencerahan kulit & anti-jerawat telah ditingkatkan. Kami yakin, dengan penambahbaikan ini, pengguna AM akan mendapat kesan tindakbalas yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Makluman/Info berkaitan AM baru:

1. Ada yang bertanya kenapa tindakbalas AM baru agak lambat berbanding AM lama.

Tindakbalas setiap individu adalah tidak sama, ada yang seawal 2 minggu telah nampak kesannya, dan ada pula yg mengambil masa sehingga 2 bulan.

Kebanyakkan produk2 yang ada di pasaran sekarang sangat cepat tindakbalasnya. Tindakbalas yang cepat tidak bermakna produk itu baik untuk kulit wajah. AM baru bertindak secara perlahan dan keselamatan kulit terjamin. Ianya dirumus daripada ekstrak bahan-bahan organik melalui teknologi NANO. Ia meresap terus ke dalam kulit untuk rawatan yang lebih menyeluruh tanpa kesan melekit di kulit. Tindakannya agak perlahan tetapi dalam jangka masa 3 minggu pengguna akan merasai hasilnya. Ia tidak memutihkan kulit secara berlebihan dan akan mengekalkan warna kulit yang asli, cerah, gebu dan tersangat lembut. Ia tidak menghakis kulit wajah malah merangsang pertumbuhan sel-sel baru untuk awet muda.

2. Ada juga segelintir pengguna AM baru mengalami kulit menjadi sedikit gelap atau kusam sebaik bertukar dari AM lama ke AM baru. Jangan bimbang..... kerana tindakbalas ini adalah untuk sementara waktu sahaja.

AM baru adalah produk organik, sementara AM lama dari herba dan akan ada sedikit bahan kimia yang terhasil daripada reaksi oleh bahan-bahan yang digunakan, bukan bahan kimia yang sengaja dicampur. Ini akan ada tindakbalas apabila pengguna mula mengunakan AM baru 100% organik. Jadi kami menasihatkan supaya teruskan pengunaan AM baru kerana lama kelamaan kesan sisa2 kimia AM lama/produk lama pada kulit wajah akan dapat dikurangkan secara beransur2 dengan penggunaan AM baru secara berterusan.....dan seterusnya anda akan mendapat kulit yang cerah cantik semulajadi.....:)


Kepada customer noor yang dah mulai menggunakan set AM baru ni dan berasa kesannya tak memuaskan, cuba cara penggunaan dibawah ni :

==> Sebelum memulakan penggunaan produk Aura Maya baru ini, anda dinasihatkan berehat dari memakai sebarang produk dalam tempoh 3-7 hari (hanya penggunaan sabun sahaja).
Tujuannya adalah utk membuang sisa2 kesan produk lama yg masih ada pada kulit muka.

Selepas cuci muka,

==> Untuk 2 minggu pertama penggunaan, hanya perlu pakai “Intense Cream” sahaja pada waktu siang & malam. Sapu nipis sahaja.

==> Sekiranya anda ada membuat rawatan muka/facial di Salon yg menggunakan produk lain, anda dinasihatkan supaya menggunakan produk Aura Maya semula selepas 2-3 hari, kecuali Salon tempat anda facial adalah menggunakan produk organik juga.

==> Selepas 2 minggu penggunaan Aura Maya baru, baru lah anda boleh memulakan pengunaan “Intense Krim” pada waktu siang sahaja dan “Antiaging Whitening Serum” pada waktu malam.

==> Selepas am baru dah serasi, baru lah boleh guna serum + intense krim......ikut masing2

In Syaa Allah

Untuk pertanyaan/tempahan AM baru :
SMS/Call/WhatssApp : 0138155039


EUMORA