Sunday, April 26, 2009

Kek Lapis India

Semalam kawan call nak order kek lapis sarawak sebanyak 5 jenis yg size kecil (8"x8"x 2.3"). Hari ni sempat buat 2 jenis kek lapis india, selebihnya nanti utk makan sendiri. Lagi 3 jenis cuba buat esok lak... insyallah kalau tak ada rancangan lain. Janji nya nak ambil Rabu ni.


Ni kek nya yg dibakar menggunakkan oven INDON... kek nampak rata & elok kalau guna oven ni, walaupun oven murah yg dibeli masa tinggal kat Kuching dulu, tapi dah banyak kek yg dibakar menggunakannya. Jasanya tak akan ku lupakan...



Coklat disusun elok jer selari supaya bila dipotong nanti nampak elok jer. Coklat kena betul2 beku, kalau tak... cair, bila dibakar nampak tak elok.

Buat 2 biji sekali, jimat tenaga, jimat gas.... siap dalam masa 3 jam lebih... berbaloi .... hmmm sedap. Ni kek yg terlaris dlm jualan. Nak cuba, order dpd saya... tapi kena beritahu dulu sbb nak buatnya bukan mudah...

No comments:

Post a Comment

EUMORA